LatihanSemasaTrup TD

Eks Stallion Wheel Siri 2/2018

MELAKA: Seramai empat pegawai dan 34 anggota Lain-Lain Pangkat di bawah naungan 10 Bgd (Para) terlibat dalam Latihan Pemanduan Malam di sekitar kawasan Bertam Hulu yang diadakan dari 4 hingga 5 Jul 2018.

Latihan ini dilaksanakan di kawasan jalan tidak berturap dan merupakan anjuran 10 Kompeni KPD (Para).

Ianya merupakan pendedahan bagi mengendalikan kenderaan di waktu malam menggunakan lampu konvoi dan Night Vision Device (NVD) serta mendedahkan dan meningkatkan kemahiran anggota kepada aspek pemanduan berhemah dan senggaraan kenderaan pada waktu malam.

Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan kepada anggota pemandu dalam aspek pemanduan waktu malam secara taktikal menggunakan Night Vision Device (NVD).

Gambar: Lt M Syahrul Faiz Abrahim

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close