Latihan

Eks Stallion Swing dan Stallion Hook Mantapkan Kredibiliti 10 KPD (Para)

SELANGOR: Eksesais Stallion Swing Siri 2/18 dan Stallion Hook Siri 1/18 diadakan antara unit 10 Komp KPD (Para) bersama 21 kumpulan Logistik GGK dan 51 Komp Komposit KPD dalam membantu Tim Guguran Udara Strategik TUDM (TGUS) yang menjadikan Pangkalan Udara Subang sebagai Main Operating Base dan Pangkalan Udara Kuantan sebagai Forward Operating Base bermula dari 14 hingga 20 Jul 2018.

Eks ini merupakan salah satu pelaksanaan Guguran Udara dan Anduh Bawah bagi merealisasikan Eks Cope Taufan 2018 yang dijalankan bersama pihak TUDM dan USAF.

Sebanyak 46,202lbs muatan digugurkan terdiri daripada empat Heavy Equipment (HE), 36 Container Delivery System (CDS) dan empat Low Cost Low Altitude (LCLA) yang digugurkan menggunakan pesawat TUDM di Zon Gugur Penor, Kuantan.

Secara keseluruhannya, semua anggota yang terlibat di dalam eksesais ini telah berjaya mencapai 100% di dalam mengekalkan Currency dan Competency anggota Hantaran Udara (HU) dalam mengekalkan Bantuan Logistik Udara.

Gambar: LKpl Farhana Ayoub

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close