LatihanSemasa

Eks Satria Gagah Uji Kecekapan 5 Bgd

SABAH: MK 5 Bgd Infantri Malaysia melaksanakan Eks Satria Gagah Siri 1/2018 bermula 17 Jul hingga 25 Jul 2018 bertempat di Bn ke 3 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Lok Kawi.

Eks dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin dan pemakaian toha latihan diiringi oleh Ketua Staf 5 Bgd, Lt Kol Hj Mohamad Nizam Abdul Manap kepada Pelaku yang terdiri daripada Pegawai Memerintah 7 RAMD, Pegawai Memerintah 22 RAMD, Timbalan Komander Rej 507 AW dan Timbalan Komander Rej 516 AW.

Senario eks tersebut dimulakan dengan perintah mara oleh Panglima 5 Bgd kepada Kumpulan Perintah Bgd yang melibatkan atur gerak simulasi fasa ofensif mara dan serangan Bgd ke atas lokasi pertahanan musuh di kawasan sekitar Pitas.

Latihan yang melibatkan penyertaan seramai 61 pegawai dan 81 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertujuan untuk menilai tahap keupayaan pasukan daripada peringkat Bgd sehingga ke peringkat Seksyen dalam merancang tindakan yang seharusnya dilakukan dalam situasi peperangan sebenar.

Selain taktik peperangan, peserta turut diuji dari segi perancangan dan pelaksanaan merangkumi aspek aturgerak trup, logistik, perubatan, komunikasi, rancangan tembakan dan perkiraan persekitaran kawasan operasi serta musuh yang akan dihadapi.

Eksesais diakhiri dengan fasa serangan briged ke atas pertahanan musuh.

Panglima dalam ucapan penutupnya, mengucapkan tahniah kepada semua pelaku dan staf pengendali yang terlibat kerana telah memanfaatkan ruang dan peluang seterusnya memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti.

Di akhir ucapan, beliau juga berharap agar eksesais seperti ini dapat dilaksanakan lebih kerap pada masa hadapan supaya setiap pegawai dan anggota dapat memahami akan peranan dan tugas hakiki dalam pengutipan maklumat, mengaturgerak trup, persenjataan dan logistik TD.

Gambar: Pbt Gary Pangabang

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close