LatihanSemasaTrup TD

Eks RIMPAC Menguji Ketahanan Tp 10 Bgd Para

HAWAII: Seramai tiga pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 10 Bgd (Para) terlibat dalam latihan gabungan bersama 13 buah negara di sekitar kepulauan Hawaii bermula dari 25 Jun hingga 4 Ogos 2018.

Eksesais ini dilaksanakan di dalam tiga fasa bermula dengan latihan pengenalan, pengendalian hingga praktis sebenar.

Fasa pertama adalah Harbouring Phase di mana Tp 10 Bgd Para melaksanakan Force Integration Training bersama Host Country dari 1/3 Marine Regiment di Marine Corp Base Hawaii (MCBH), Kaneohe Bay.

Latihan bermula dengan serangan dari udara menggunakan helikopter, tindakan kecemasan dan kecederaan di dalam pesawat, pertempuran di kawasan terbina, simulasi latihan pengendalian senjata dan rawatan kecederaan di medan.

Fasa ke dua adalah latihan menembak di Lapang Sasar 300m di Pokaholoa yang akan dilaksanakan mulai 9 hingga 19 Jul 2018.

Fasa ketiga adalah serangan Amfibi bersama 3rd Marine Regiment dan negara-negara yang terlibat pada minggu keempat.

Gambar: Sjn Melvin Luis

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close