Bersama PemimpinMINDEF

Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2018

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V  berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan pada 30 Jul 2018 di Masjid Khalid Al Walid.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama  Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin.

Majlis dimulakan dengan solat Mahgrib berjemaah seterusnya Bacaan Yassin serta Tahlil dan diakhiri dengan Solat Isya’ berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail Hj Muhammad.

Program ini bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban, cedera serta mengalami kecacatan fizikal ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara di mana Hari Pahlawan pula disambut setiap 31 Jul sebagai memperingati perjuangan pahlawan negara.

Turut Hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Panglima – Panglima Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta pegawai kanan PDRM.

Gambar Oleh: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close