1 DivHUTSemasa

1 Div Sambut HUT Ke-52

SARAWAK: Seramai 51 pegawai dan 644 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) diketuai Lt Kol Mohd Asmadi Hj Ahmad terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-52 1 Div di Padang Kawad Kem Muara Tuang pada 19 Jul 2018.

Perbarisan disempurnakan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang dan turut diiringi pancaragam gabungan Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 13 RAMD dan Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja (KAD).

Acara sambutan ini kemudiannya diteruskan di Dataran Muara Tuang dengan acara memotong Pulut Kuning HUT 1 Div serta penyerahan bendera 1 Div kepada Tim Olahraga yang akan mewakili 1 Div ke Pertandingan Olahraga Tentera Darat Ke-37 mulai 24 hingga 26 Jul 2018 di Stadium Sukan Universiti Tenaga Nasional, Bangi.

Panglima 1 Div turut menyampaikan cenderahati kepada PW I Meseken Gindal (B) yang pernah berkhidmat di 1 Div sebagai SMR 1 Div pada tahun 1987 hingga 1989.

Turut hadir, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Shamsirudin Mohd Shariff, Ketua Staf MK 1 Div, Kol Isa Daud, Pengerusi serta ahli-ahli BAKAT 1 Div dan Veteran ATM.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close