3 DivSemasaSukan

Tim SMD 3 Div Terima Bendera 3 Div

MELAKA: Kontinjen Seni Mempertahankan Diri (SMD) 3 Div diraikan dalam Perbarisan Penyerahan Bendera 3 Div yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah di Pekarangan MK 3 Div pada 29 Jun 2018.

Bendera 3 Div telah diterima oleh Penolong Pegawai Memerintah 3 Rejimen KPTD, Mej Mohd Yusmaizan Yaakob, merangkap Pegawai Pengurus Tim SMD 3 Div.

Panglima 3 Div dalam ucapannya berkehendakkan setiap atlet SMD 3 Div untuk bertarung sepenuh hati ketika berada di dalam gelanggang selain mahukan motto Menang untuk diri sendiri dijadikan pembakar semangat juang mereka.

Turut hadir Komander Artileri Div, Brig Jen Ahmad Abu Bakar, Ketua Staf MK 3 Div, Kol Marzuki Hj Mukhtar dan Pegawai Memerintah Trup-trup Div.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close