2 DivSemasaSukan

Serah Menyerah Bendera Taekwondo 2 Div

PULAU PINANG: Majlis serah bendera Tim Taekwondo 2 Div sempena Kejohanan Taekwondo Peringkat Tentera Darat (TD) disempurnakan oleh Komander Artileri Div, Kol Mohd Rawa Hj Seman mewakili Panglima 2 Div di Dewan Serbaguna 2 Rej KPTD pada 29 Jun 2018.

2 Rej KPTD ditanggungjawabkan membawa Tim Taekwondo 2 Div yang mana bendera tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Memerintah 2 Rej KPTD selaku pengurus Tim, Mej Mohd Taufik Md Shaid.

Seramai dua pegawai dan 22 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Kejohanan Taekwondo Peringkat TD akan berlangsung mulai dari 2 Jul hingga 6 Jul 2018 di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Gambar: Kpl Hafiz Saad

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close