2 DivBersama PemimpinSemasa

PTD Berbuka Puasa Bersama Anggota Di Kawasan Operasi

KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada Warga 4 Rejimen Sempadan (RS) di Dewan Makan Kem Gubir pada 8 Jun 2018.

Terdahulu ketibaan PTD disambut oleh Lt Kol Meor Rashidi Rashid di perkarangan Padang MK Taktikal Kem Gubir.

Majlis dimulakan dengan acara penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada warga 4 RS dan sesi beramah mesra seterusnya berbuka puasa sebelum menunaikan solat  Mahgrib di Surau An-Nur.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan bahawa acara yang diadakan ini merupakan salah satu wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim diantara seluruh anggota disamping meningkatkan lagi amalan serta taqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Selain itu, beliau juga memberi peringatan agar tidak sekali-kali mengambil sikap sambil lewa dalam aspek keselamatan sama ada di dalam kawasan kem mahupun di kawasan operasi.

“Adalah menjadi kewajipan kita dalam menentukan tahap kesiagaan dan keselamatan berada di tahap yang tinggi pada sebilang masa kerana ancaman serta cabaran keselamatan tetap ada dan ia tidak boleh sekali-kali dipandang ringan,”jelas beliau.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close