4 DivSemasaSukan

Penyerahan Bendera Kepada Tim Taekwondo 4 Div

KUALA LUMPUR: Acara Penyerahan Bendera kepada Tim Taekwondo 4 Div disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi kepada Ketua Tim 4 Div, Kapt Noor Fahizah Hairi di Markas 4 Div pada 28 Jun 18.

Dalam ucapannya, Panglima menegaskan agar Tim 4 Div sentiasa bersemangat dan bersatu hati untuk mendapatkan kemenangan di dalam pertandingan itu nanti.

Panglima turut mengucapkan tahniah kepada Tim 4 Div kerana terpilih mewakili div di peringkat TD dan beliau mahukan semua yang terlibat menunjukkan semangat berpasukan serta kerjasama yang tinggi supaya apa yang diusahakan sebelum ini akan membawa kejayaan.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close