Semasa

PAT Berbuka Puasa Bersama Anggota Di Kawasan Operasi

PERAK: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengadakan lawatan ke Pengkalan Operasi Hadapan (FOB) dan beramah mesra serta berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di kawasan tanggungjawab pada 14 Jun 2018.

Pada masa sama beliau turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada mereka yang akan bertugas menjaga kedaulatan negara semasa Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, PAT turut melawat kawasan Markas Taktikal yang diilhamkan beliau semasa menjawat jawatan sebagai Panglima 2 Div serta Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Beliau turut berbuka puasa bersama anggota di hari terakhir bulan Ramadhan 1439H diiringi Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Hasbullah Hj Ahmad Nawawi.

Selesai berbuka puasa dan solat Maghrib serta Isyak PAT bersama sama anggota melaungkan takbir hari raya bersama-sama di samping turut menyediakan juadah Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan yang sedang beroperasi di kawasan Banding.

Turut hadir AKS Operasi dan Latihan Pertahanan, MK ATM – BOLP, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, AKS Operasi dan Latihan MK TD – OPLAT, Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close