Semasa

PAT Beraya Bersama Anggota MK Tak 749

PERAK: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang bertugas menjaga kedaulatan negara di MK Taktikal 749, Kem Sri Banding pada 15 Jun 2018.

Seawal jam 0730 laungan takbir sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah kedengaran di Surau Ar-Rayyan oleh 200 orang jemaah sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri diimamkan oleh Mej Titan Abdul Wahab yang mana menyampaikan khutbah hari raya bertajuk “Biduk Berlalu, Kiambang Bertaut”.

Sebaik sahaja selesai Solat Sunat Aidilfitri PAT dan para jemaah menjamu selera dengan jamuan hari raya yang dihidangkan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan beg raya kepada pegawai dan anggota LLP yang sedang menjalankan operasi di kawasan MK Tektikal 749 Kem Sri Banding.

Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar menyampaikan cendera kenangan kepada PAT sangat bernilai kepada beliau yang mana cendera kenangan tersebut adalah gambar MK Taktikal 749, Kem Sri Banding yang mempunyai nilai sentimen sejarah kepada PAT kerana beliau merupakan pencetus pembinaan kem ini.

Turut hadir AKS Operasi dan Latihan Pertahanan, MK ATM-BOLP, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, AKS Operasi dan Latihan MK TD – OPLAT, Mej Jen Dato’ Ya’cob Hj Samiran dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close