Semasa

Panglima 3 Div Sambut Aidilfitri Bersama Anggota Operasi Kawasan Sabah

SABAH: Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota yang sedang bertugas di kawasan operasi sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota tentera dari 3 Div di Kem JPG, Lahad Datu pada 15 Jun 2018.

Kunjungan Panglima 3 Div ke Sabah diiringi oleh Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Redzuan Hj Omar sejak dari 11 Jun 2018 di mana dalam rangka lawatan ke setiap pos operasi yang melibatkan pasukan-pasukan di bawah 3 Div.

Pasukan yang terlibat dalam operasi ketika ini ialah 10 RAMD, 12 RAMD (Mek), 19 RAMD (Mek) dan 24 RAMD.

Kemuncak lawatan ini adalah persiapan dan sambutan hari raya yang dilaksanakan secara bergotong-royong yang mana turut disertai pegawai kanan APMM setempat.

Gambar: MK 1 Bgd dan 24 RAMD

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close