3 DivSemasa

MENHAN Sambut Aidilfitri Bersama Warga Tentera Negeri Melaka

MELAKA: Seramai 2,500 pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta Veteran ATM hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Tentera Darat Negeri Melaka bersama Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu di Dewan Serbaguna Kem Terendak pada 29 Jun 2018.

Terdahulu, ketibaan MENHAN diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di pintu gerbang utama serta turut melakukan gimik membakar meriam buatan yang dibuat khas sebagai simbolik dan perasmian majlis.

Majlis yang dianjurkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam meraikan hari kemenangan buat umat Islam di antara semua peringkat anggota di samping dapat beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

“Kerajaan pada masa yang sama, turut memberi jaminan pengurangan peruntukan berikutan masalah ekonomi yang melanda negara ketika ini tidak menghalang usaha kerajaan untuk terus menjaga kebajikan warga dan pesara tentera”, ujar MENHAN.

Di samping itu juga, MENHAN mewakili Kementerian Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Pegawai Memerintah 8 RRD (para), Lt Kol Samzie Gusang di atas insiden yang menimpa anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para), yang terkorban dan cedera ketika melaksanakan operasi di Hutan Belum, Gerik.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir oleh MENHAN.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahari, Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[srizonfbalbum id=243]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close