SemasaTrup TD

Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 RAMD (Para)

TERENGGANU: Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Dato’ Tengku Muhamad Fauzi Tengku Ibrahim hadir ke majlis berbuka puasa bersama warga Batalion Ke-18 RAMD (Para) pada 9 Jun 2018.

Terdahulu, ketibaan Panglima 10 Bgd (Para) disambut oleh pegawai dan anggota di Masjid Al-Ansar.

Majlis dimulakan dengan Majlis Iftar sebelum menunaikan solat Mahgrib, Isya’ dan Terawikh secara berjemaah.

Acara diteruskan dengan jamuan moreh, penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada Batalion Ke-18 RAMD (Para) dan ucapan dari Panglima 10 Bgd (Para).

Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa program keagamaan yang diadakan bukan hanya sebagai ibadah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah malah merupakan suatu platform pembentukan kekuatan spiritual serta sahsiah diri.

Selain itu, beliau juga memberi peringatan agar tidak sekali-kali mengambil sikap sambil lewa dalam aspek keselamatan sama ada di dalam kawasan kem mahupun di luar sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Gambar: Kpl Suhaimi Alias

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close