Majlis Berbuka Puasa 74 BOD Bersama Panglima

KUALA LUMPUR : Seramai 100 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa warga 74 Batalion Ordnans Diraja (74 BOD) bersama Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi bertempat di Kem Batu Kontomen pada 5 Jun 2018.

Ketibaan Panglima 4 Div disambut oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Tamam Jamioon, pegawai-pegawai dan SMR pasukan, PW I Mohd Khairul Mohd Noor.

Sementara menunggu untuk berbuka, Panglima telah menyampaikan sedikit tazkirah mengenai Rukun Islam yang menyentuh mengenai berpuasa di bulan Ramadan, keselamatan di jalan raya apabila pulang ke kampung dan menyarankan agar anggota bekerja dengan ikhlas bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi pada sebilang masa.

Setelah berbuka puasa, Panglima ke surau pasukan bagi melaksanakan Solat Maghrib berjemaah.

Sejurus selesai makan malam, Panglima dan warga 74 BOD melaksanakan Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan Majlis Moreh.

Acara disudahi dengan penyerahan cek yang disampaikan oleh Panglima kepada Pegawai Memerintah, dan cek ini merupakan sumbangan daripada Zakat ATM bagi menjalankan aktiviti surau pasukan sepanjang bulan Ramadan.

Turut hadir, Pegawai Staf 1 Ordnans MK 4 Div, Lt Kol Hisham Mohamed.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close