Semasa

Lawatan Dan Sambutan Aidilfitri Bersama Panglima 1 Div

SARAWAK: Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Toh Choon Siang, mengadakan lawatan ke kawasan operasi dan beramah mesra serta menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) pada 15 Jun 2018.

Lawatan ini juga merupakan lawatan pertama oleh Panglima 1 Div ke KTJ 3 Bgd semenjak mengambil alih jawatan Panglima 1 Div pada Mei lalu.

Acara lawatan tersebut dimulakan dengan lawatan ke Pos Kotis Entikong Indonesia.

Ketibaan beliau disambut oleh Brig Jen TNI Bambang Ismawan, Dankolakopsrem 121/ABW dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin serta pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) di pos tersebut.

Op Keris Parang melibatkan Gabungan diantara TDM dan TNI-AD yang berkerjasama dalam melaksanakan operasi menjaga keselamatan perbatasan Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR).

Selain itu, Panglima 1 Div juga turut membuat lawatan dan beramah mesra bersama pegawai dan anggota di beberapa Pos Operasi Awas Keris Parang di sekitar KTJ 3 Bgd.

Turut bersama sepanjang lawatan ini Pegawai Memerintah 13 RAMD, Lt Kol Mislani, Pegawai Staf 1 Gerak MK 1 Div, Lt Kol Saifullizam dan Indonesia Laison Officer (ILO), Lt Kol Dody Dharmawan.

Gambar: Pbt Muhamad Nawawi Mujtabar

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close