3 DivSemasa

Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat 3 Div

MELAKA: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat 3 Div Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri yang dirasmikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah pada 8 Jun 2018.

Program bertujuan untuk memupuk kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya dan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan khususnya di kalangan warga tentera.

Acara dimulakan dengan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Gangkathran Chinniah.

Dalam ucapan Panglima 3 Div, beliau mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota agar sentiasa berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Sebagai gimik pelancaran kempen Panglima 3 Div memakaikan topi keledar serta jaket keselamatan kepada penunggang motorsikal sebelum membuat pelepasan konvoi motorsikal dan kereta.

Turut hadir Komander Artileri Div, Brig Jen Ahmad Abu Bakar, Ketua Staf MK 3 Div, Kol Marzuki Hj Mokhtar, serta Pegawai-pegawai Memerintah Trup Div.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close