2 DivSemasa

Jenazah LKpl Fahrurozi Abdul Manaf Selamat Di Semadikan

KEDAH: Jenazah LKpl Fahrurozi Abdul Manaf dari Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (8 RRD Para), selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Kuala Merah, Baling pada 25 Jun 2018.

Kumpulan pengusung daripada Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD Mek) telah membawa keranda dari van jenazah untuk dibawa ke rumah ayah arwah iaitu Hj A.Manaf Abdullah.

Jenazah kemudiannya dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Masjid Jamiul Falah untuk solat jenazah bersama warga tentera dan kariah Kg Kuala Merah. Sebelum itu liang lahad telah digali dan disediakan oleh 19 RAMD (Mek).

Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Div turut hadir dan menyerahkan bendera Malaysia mewakili TD amnya dan seluruh warga 2 Div khasnya kepada balu arwah Khairiah Azizan.

Turut hadir Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar, Panglima 2 Bgd, Lt Kol Mohammad Samzie Gusang, Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Pegawai-Pegawai serta anggota tentera di bawah naungan 2 Div.

Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close