Semasa

Iftar Panglima 4 Div Bersama Warga 74 Wksp Div

KUALA LUMPUR: Seramai 150 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Warga 74 Woksyop Div bersama Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di 74 Wksp Div pada 8 Jun 2018.

Ketibaan Panglima 4 Div disambut oleh Pegawai Memerintah 74 Wksp, Lt Kol Mohd Nadzri Samiran @ Jumiran, pegawai-pegawai dan SMR 74 Woksyop, PW I Zulkifli Abdullah.

Sementara menunggu waktu berbuka, sedikit Tazkirah mengenai mustajabnya doa sebelum berbuka puasa disampaikan oleh Panglima.

Beliau juga berpesan supaya memandu dengan berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman, berjimat cermat dan mengurus kewangan dengan bijak dan beliau jugak tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga 74 WKSP.

Setelah masuknya waktu berbuka, Panglima membuat gimik memukul beduk menandakan masuknya waktu berbuka.

Selesai berbuka Panglima dan semua warga 74 Wksp Div bergerak ke surau pasukan bagi menunaikan Solat Maghrib dan diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah serta diakhiri dengan Majlis Moreh.

Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati kepda peserta Tadarus Al-Quran dan penyerahan cek yang disampaikan oleh Panglima kepada Pegawai Memerintah.

Cek ini merupakan sumbangan daripada Zakat ATM bagi menjalankan aktiviti surau pasukan sepanjang bulan Ramadan.

Turut hadir, Pegawai Staf 1 JLJ MK 4 Div, Lt Kol Hj Musa Kassim, Penolong Pegawai Memerintah 74 WKSP, Mej Norizura Pilus dan SMR MK 4 Div, PW I Ridhuan Jaafar.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close