Semasa

Berbuka Puasa KRD Zon Selatan

MELAKA: Warga Kor Risik Diraja (KRD) dan veteran KRD Zon Selatan hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin yang dianjurkan oleh MK 3 Div di hotel terkemuka sekitar bandar Melaka pada 5 Jun 2018.

Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara anggota KRD yang masih berkhidmat dengan Pesara KRD dan juga Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) bagi menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan tanah air tercinta semasa berkhidmat suatu ketika dahulu.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para veteran kerana sudi menyahut jemputan bagi menghadirkan diri┬ápada malam ini untuk berbuka puasa bersama-sama rakan seperjuangan terdahulu,” ujar AKS Perisikan.

Turut hadir Ketua Pengarah Doktrin Markas Pemerintahan Latihan Doktrin Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Othman Hj Jamal, Pegawai Staf 1 Risik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kol Idris Borhan dan AKS Bahagian Perisikan Bersama J2 Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kol Mohd Yazid Salim.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close