Semasa

13 RAMD Sambut Hari Raya Aidilfitri di Kawasan Op

SARAWAK: Panglima 1 Div, Mej Jen Toh Choon Siang menyambut hari raya bersama anggota 13 RAMD di kawasan Op Awas dan Keris Parang pada 15 Jun 2018.

Sambutan hari lebaran diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu Pos Entikong, Pos Tebedu dan Pos Serikin.

Sambutan dimulakan di Pos Gabma diiringi oleh panglima 3 Bgd, Brig Jen Hj Bustamam Hj Mat Zin dan Pegawai Memerintah 13 RAMD, Lt Kol Mislani Auverto@Suwarto dan disambut oleh Brig Jen TNI Bambang Ismawan, Korem 131/ABW.

Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan beg raya ATM kepada anggota 13 RAMD yang bertugas di sana dan menyampaikan bungkusan kuih raya sumbangan kerajaan Negeri Sarawak kepada anggota TNI.

Acara diteruskan dengan sambutan aidilfitri dan penyerahan beg Raya di Kem JPG Tebedu dan berakhir Di Kem JPG Serikin.

Acara di Serikin dimulakan dengan taklimat operasi yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 13 RAMD, Lt Kol Mislani Auverto@Suwarto dan jamuan hari raya bersama pegawai dan anggota 13 RAMD di kem tersebut.

Beliau menyampaikan sumbangan beg raya ATM kepada semua anggota yang sedang beroperasi di kem tersebut serta menyampaikan sumbangan kuih raya dari kerajaan negeri Sarawak kepada anggota TNI dari Pos Jagoi Babang.

Gambar: LKpl Muhammad Azizi Roslan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close