10 RRD Beri Bantuan Bekalan Air Bersih Kepada Penduduk Daerah Asajaya

SARAWAK : Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) ditugaskan oleh Briged Ketiga Infantri Malaysia utk membantu mengedar bekalan air bersih di kawasan krisis air daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, bermula 28 Mei 2018 lalu sehingga sekarang.

Pejabat Residen memberi tanggungjawab kepada ATM utk menempatkan tangki air 500 gelen di empat buah kampong iaitu Kg Senangeh, Kg Sungai Buloh, Kg Rangawan dan Kg Sungai Putin.

Ulang bekal dibuat mengikut jadual mengggunakan Water Bowser 10,000 ltr dari 71 Bn KPD dan juga dibantu oleh pasukan 3 Komp Angkut KPD.

Demi berbakti kepada penduduk kampung di Asajaya, seramai 9 anggota 10RRD yang diketuai oleh Mej Mohd Faiez Abdul Rahim turut bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk mendapatkan bekalan air bersih di Loji Air Asajaya dan Tambirat.

Bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung di Asajaya tersebut, sedikit sebanyak membantu mereka dalam menyambut Hari Gawai dengan lebih bermakna.

Gambar : Lt Ahmad Iqbal Kamaruzzaman

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close