Semasa

Undi Awal Di Kem Terendak Berjalan Lancar

MELAKA: Seramai 3,874 anggota dan pegawai ATM serta Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, pada 5 Mei 2018.

Beliau yang turut diiringi oleh isterinya, Datin Norhanita A. Hamid, menjadi pengundi pertama tampil membuang undi.

Proses pengundian awal bagi anggota Tentera Darat di Melaka melibatkan enam Pusat Pengundian dengan tiga buah darinya terletak di dalam Kem Terendak.

Keseluruhan 10,160 pengundi berdaftar bagi ketiga-tiga pusat pengundian di dalam Kem Terendak.

Selain itu, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhamad Fauzi Tengku Ibrahim, turut membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak.

Gambar: Pbt Nor Atirah Abu Seman

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close