3 DivBersama PemimpinSemasa

Ramah Mesra PTD bersama warga 10 RAMD

JOHOR: Seramai 15 pegawai dan 312 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Kesepuloh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) hadir dalam Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim ke 10 RAMD pada 4 Mei 2018.

Sebaik ketibaan PTD, beliau disambut Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman diiringi Pegawai Memerintah 10 RAMD, Lt Kol Mohd Haryzal Hj Ismail seterusnya dibawa ke Dewan Makan Pasukan untuk sesi ramah mesra bersama warga 10 RAMD.

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk bertemu dan berdialog bersama warga warga 10 RAMD bagi menyampaikan hasrat TD untuk mengukuhkan kesepaduan yang utuh antara warga TD serta menjelaskan inisiatif-inisiatif Hala Tuju Kementerian Pertahanan dari aspek kebajikan yang merangkumi kesihatan, pendidikan, kos sara hidup dan kesejahteraan warga tentera.

Dalam ucapan PTD, beliau menjelaskan bahawa kebajikan anggota tentera sentiasa terpelihara dan diutamakan oleh kerajaan bagi memberi keselesaan kepada anggota dan veteran ATM.

Beliau turut mengingatkan warga 10 RAMD agar tidak terpedaya dengan berita-berita palsu yang tersebar di internet dan media sosial di mana setiap maklumat yang diperolehi harus dikaji serta dinilai bagi menentukan kesahihannya sebelum membuat kesimpulan terhadap berita tersebut.

“Disamping itu juga, kerajaan telah mewujudkan satu skim pelaburan baharu iaitu Amanah Saham Bumiputra-Zulu (ASB-Z) khusus untuk anggota dan veteran ATM bumiputra di mana ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan berbanding skim ASB biasa.

“Pada masa sama turut diperkasakan agenda pendidikan bagi memberi keselesaan kepada pendidikan anak-anak tentera selain beberapa inisiatif baharu akan diwujudkan,”jelas PTD.

Tambahnya lagi, Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kuarters perumahan dan menggalakkan anggota tentera untuk memiliki rumah sendiri demi menzahirkan keprihatinan TD akan kepentingan dan masa hadapan warga TD apabila bersara kelak.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close