BAKATBersama PemimpinKebajikan

Raja Permaisuri Perak Lawat HAT Mizan

KUALA LUMPUR: Seramai 47 pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang mencemar duli ke Majlis Penyerahan Sumbangan dan Penjenamaan Semula Wad-Wad Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Auditorium HAT Tunku Mizan pada 22 Mei 2018.

Terdahulu ketibaan baginda di sambut oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya’akob Koming serta isteri Datin Hjh Rusaini Basir merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) HAT Tunku Mizan.

Majlis sumbangan ini bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja (KKD) Ke-51 pada 11 Mei 2018 dan acara dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar STAY ATM, Muhammad Dhabit Dain Ismail yang memperdengarkan Surah Al-Baqarah ayat 182 hingga ayat 185.

Seterusnya baginda dibawa melawat Wad Pediatrik yang kini diberi penjenamaan semula serta dikenali sebagai Wad Kamelia dan baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang berada di situ.

Mengimbas sejarah HAT Tunku Mizan, dahulunya dikenali sebagai HAT Kinrara yang ditubuhkan pada 22 Jun 1967 dan distrukturkan semula pembinaannya pada tahun 2003 bagi menggantikan Hospital Kinrara yang tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Turut hadir, Pegawai Memerintah HAT Tunku Mizan, Brig Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, pegawai kanan KKD dan ahli BAKAT.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close