Bersama PemimpinKebajikanSemasa

Penstrukturan RAJD Direalisasikan

KUALA LUMPUR: Seramai lima pegawai dan 343 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dinaikkan pangkat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana RAJD yang diadakan secara serentak di Wilayah Timur dan Barat bersempena dengan penstrukturan semula RAJD di Padang Kawad Kem Batu Kentomen pada 3 Mei 2018.

Perbarisan ini diketuai Lt Kol Ahmad Zaharudin Kamaruddin dan diiringi pancaragam daripada Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di bawah pimpinan Mej Norazizan Yahya.

Penstrukturan baharu ini telah memberikan ruang kenaikan pangkat di semua peringkat organisasi RAJD yang akan melakar sejarah di mana Wilayah Timur Sabah kenaikan pangkat seramai 17 anggota LLP dan di Wilayah Timur Sarawak seramai 16 anggota LLP RAJD turut dipakaikan pangkat.

Dalam ucapan PTD, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, beliau menyatakan dengan kerjasama yang jitu dan kesepaduan yang tinggi daripada semua pegawai dan anggota RAJD, visi dan misi TD untuk menjadi sebuah angkatan yang versatile dan kredibel akan dapat dicapai.

“Penstrukturan semula kor RAJD yang berjaya direalisasikan secara dasarnya adalah memberi tumpuan kepada pemerkasaan organisasi kor ini agar berupaya melaksanakan peranan dan fungsinya dengan lebih efektif dan efisien sejajar dengan konsep operasi terkini iaitu semasa perang dan semasa aman.

“Justeru, penstrukturan semula di bawah Pelan Transformasi dan Pengukuhan RAJD dilihat amat relevan dengan melaksanakan penstrukturan semula beberapa pasukan sedia ada secara interim dan menubuhkan beberapa pasukan baharu bagi menyokong peranan dan tugas kor,” ujar PTD.

Tambahnya lagi, kejayaan ini juga dilihat hasil dari keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan dan kesatuan seluruh warganya di mana tanpa kesatuan hati dan tujuan TD tidak mampu mencapai apa yang dinikmati pada ketika ini apatah lagi melimpahkan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

RAJD ditubuhkan pada 22 Apr 1953 berfungsi sebagai pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab untuk membantu TD mempertahankan kedaulatan, integriti dan kepentingan tanah air tercinta serta transformasi RAJD adalah relevan dengan memenuhi saluran pemerintahan yang lebih sistematik mengikut hierarki organisasi sewajarnya melibatkan pembubaran satu pasukan dan penubuhan empat pasukan yang baharu iaitu Grup Jurutera Medan Barat, 1 Rej Medan RAJD, 2 Rej Medan RAJD dan 3 Rej Medan RAJD.

Terdahulu sebaik ketibaan PTD, beliau menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan disusuli nyanyian lagu Tentera Darat dan seterusnya bersama-sama dengan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Deli, Pengerusi Kor, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Jurutera, Kol Ir Abdul Hamid Mohd Isa menyempurnakan acara pemakaian pangkat terhadap pegawai dan anggota LLP.

Turut hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close