Semasa

Pelancaran 2 Malay Hotline 2 RAMD

KEDAH: Pasukan 2 RAMD telah melancarkan Program 2 Malay Hotline yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin dihadapan Markas Batalion pada 3 mei 2018.

Program ini dilancarkan sempena PROGRAM KUMP INOVASI & KREATIF (KIK) bertujuan bagi mendapatkan maklumat atau laporan sebarang kejadian yang melibatkan kecemasan, kecederaan, kemalangan dan segala bentuk jenayah dengan lebih pantas kepada pihak polis pasukan bagi segera menangani kes-kes terbabit.

Pegawai Memerintah turut menerangkan kepentingan sistem ini diadakan bagi memudahkan sebarang bentuk pertolongan kepada warga 2 RAMD khasnya dan warga Kem Sg.Ara Amnya.

Di samping itu juga, Pegawai Memerintah turut menyerahkan telefon bimbit sebagai simbolik yang merupakan nadi hotline bagi program ini kepada Staf Sjn Probos Pasukan dengan disaksikan oleh 300 warga pasukan dgn rasminya.

Kumpulan Inovasi & Kreatif yang dipimpin dibawah Mejar Mohd Nazri bin Saad turut mengedarkan risalah serta banner bagi merealisasikan hasrat Pegawai Memerintah agar warga kem mendapat kesedaran akan kepentingan talian hotline.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close