HUTSemasa

MMR KKD Bersama Kol YDP KKD

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah  selaku Kol Yang DiPertua Kor Kesihatan Diraja (KKD) bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli ke Majlis Makan Malam Rejimental KKD Bersama Kol YDP KKD di hotel terkemuka Kuala Lumpur pada 13 Mei 2018.

Terdahulu ketibaan baginda di sambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bersama Pengerusi KKD, Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya’akob Koming lalu dibawa ke Bilik Persinggahan Diraja.

Seramai 461 pegawai KKD bersama pasangan hadir dalam MMR sempena Hari Ulang Tahun KKD Ke-51 pada 11 Mei 2018.

MMR tersebut diserikan lagi dengan Anugerah Piala Diraja Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Kategori Pegawai Cemerlang KKD 2017 kepada Mej (Dr) Izyan Nur Zafirah Ismail yang dinobatkan sebagai Pegawai Terbaik KKD Tahun 2017.

Turut hadir Pengarah Pergigian, Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Borhan Jasmin dan mantan Pengerusi KKD, Lt Jen (B) Datuk (Dr) Hj Abd Razak Md Yusoff

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close