MK Medan BaratSemasa

MK PMBTD Terima KS AM Baharu

KUALA LUMPUR: Seramai 61 Pegawai dan 122 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Am MK PMBTD di Kompleks Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pada 14 Mei 2018.

Dalam majlis berkenaan, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik secara rasminya menyerahkan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Staf Am (KS Am) MK PMBTD kepada Mej Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman dan disaksikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dalam ucapannya menzahirkan perasaan terharu dan ucapan terima kasih terhadap sokongan serta semangat kerjasama yang telah diberikan oleh semua pegawai dan anggota MK PMBTD sepanjang perkhidmatan beliau sebagai KS Am MK PMBTD.

Acara diakhiri dengan jamuan ringan dan acara pemakaian pangkat juruiring mantan KS Am di Bilik Rehat Pegawai MK PMBTD serta penyerahan cenderahati oleh PMB TD kepada Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Oleh: LKpl Norirawati Abdul Wahab

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close