HUTMK Medan BaratSemasa

MK PMBTD Sambut HUT Ke-37

KUALA LUMPUR: Seramai 60 pegawai dan 295 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) terlibat dalam perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-37 yang disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin di Padang Kawad 71 RSD pada 8 Mei 2018.

Perbarisan diketuai oleh Ketua Kompleks Perumahan, Lt Kol Zainuddin Che dan diiringi pancarag daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dibawah pimpinan PW 2 Azhar Ahmad.

Majlis diserikan lagi dengan acara pemakaian pangkat dan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia kepada anggota MK PMBTD.

Dalam ucapan PMB TD, beliau menekankan kepentingan disiplin, siap siaga, moral dan keunggulan MK PMBTD sebagai formasi Tempur Tertinggi Tentera Darat harus dikekalkan.

Kemuncak acara sambutan adalah majlis memotong pulut kuning oleh PMB TD dan penyampaian hadiah bagi pemenang penulisan Essei Peringkat Pemerintahan Medan Barat TD.

Turut hadir, KS Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Panglima GAPU, Brig Jen Dato’ Yusri Hj Anwar, Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Zulkefale bin A Rahman dan Ketua Staf Perkhidmatan MK PMBTD, Brig Jen Dato’ Hj Abdul Khalid Hamzah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close