1 DivBAKATMK Medan Timur

Majlis Penghargaan Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat

SARAWAK: MK 1 Div mengadakan Majlis Penghargaan kepada Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim di Dewan Bukavu pada 14 Mei 2018.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan beliau yang telah mengabadikan diri, masa serta idea kepada perjalanan BAKAT di Negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Dalam ucapannya beliau telah menzahirkan penghargaan kepada semua ahli BAKAT MK 1 Div yang telah memberikan kerjasama yang baik serta komitmen yang tinggi sepanjang beliau memegang jawatan.

Di akhir majlis, Pengerusi BAKAT 1 Div, Datin Jacquelin Peris menyampaikan cendera kenangan kepada Datin Noraihan Ibrahim sebagai tanda ikatan kasih di kalangan semua ahli BAKAT 1 Div.

Turut hadir, Pengerusi BAKAT 3 Bgd dan Pengerusi BAKAT 31 Bgd.

Gambar: Pbt Muhamad Nawawi

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close