Semasa

Hari Pengundi Awal Di Kem Junaco Park Dan Kem Bumimas

SARAWAK: Seramai 344 orang pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan isteri menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di Dewan Serbaguna Kem Junaco Park pada 5 Mei 2018.

Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin hadir mengundi sebaik pusat pengundian dibuka.

Turut hadir Ketua Staf 31 Bgd, Lt Kol Mohd Zaini Hashim dan Pegawai Pemerintah 6 Rej Sempadan, Lt Kol Werar Sulaiman Haji Ali.

Di Kem Bumimas Sibujaya pula, seramai 154 orang pengundi dari warga ATM mengundi di Dewan Serbaguna kem tersebut.

Turut hadir mengundi di kem tersebut adalah Pegawai Pemerintah 9 Rej Sempadan, Lt Kol Zaidi Ahmad.

Pusat pengundian awal di kedua-dua tempat beroperasi mulai jam 0800 pagi hingga 1700 petang.

Gambar: Pbt Muhammad Khairul Asyraf Mohd Kahar

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close