Semasa

Eks HARIMAU SHAKTI II Siri 2/2018

KUALA LUMPUR: Seramai 17 pegawai dan 180 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TD) dan Tentera Darat India (IA) terlibat dalam Eksesais Harimau Shakti II Siri 2/2018 yang diadakan dari 29 Apr hingga 14 Mei 18 di Hutan Rizab Hulu Langat, Selangor.

Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abdul Malik Jiran telah hadir semasa upacara pembukaan latihan Eks di Padang Kawad Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD)

Bentuk latihan yang dilaksanakan adalah operasi dan taktikal pertempuran hutan melibatkan pasukan dari 1 RRD serta pasukan 4 Grenadiers IA.

Latihan ini bertujuan menguji kemahiran dan pengalaman tentang operasi hutan bagi kedua-dua pasukan dan merupakan siri kedua latihan medan melibatkan TDM dan TDI sekali gus mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Turut hadir Pegawai Memerintah 1 RRD, Lt Kol Irwan Ibrahim dan Pegawai Memerintah 4 Grenadiers IA, Kol Soundaram Nagaladi Karthikeyan.

Gambar: LKpl Mohd Raduan Mohd Yassin

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close