Semasa

UKM peringkat 4 Bgd (Mek)

NEGERI SEMBILAN: Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Bgd Mek) mengadakan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Peringkat 4 Bgd (Mek) yang diadakan di Lapang Sasar Asahan selama tiga hari bermula dari 25 hingga 27 Apr 2018.

UKM ini melibatkan semua pasukan di bawah naungan 4 Bgd (Mek) yang mana pelaksanaan latihan seperti praktis individu, seksyen dan menembak lorong hutan dengan menggunakan senjata seperti raifal M4, pistol, Minimi dan GPMG.

Objektif UKM ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran menembak anggota serta mewujudkan semangat kerjasama di dalam pasukan.

Selain itu ianya juga sebagai usaha untuk mencari individu yang mahir menembak bagi diberi peluang untuk UKM peringkat yang lebih tinggi.

Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu.

Turut diadakan acara menembak jatuh piring Kategori Novelti yang disertai Panglima 4 Bgd (Mek) bersama Pegawai Memerintah di bawah naungan 4 Bgd (Mek).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close