MK Latihan & DoktrinSemasa

Sesi Dialog PAT Bersama Warga Tentera Zon Port Dickson

NEGERI SEMBILAN: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor melaksanakan Sesi Dialog Bersama Warga Tentera Zon Port Dickson bertempat di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 30 Apr 2018.

Terdahulu daripada itu, ketibaan beliau di perkarangan Hangar disambut oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi.

Dalam sesi dialog PAT yang melibatkan kehadiran hampir 1000 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) dan 1 Bgd, beliau menerangkan beberapa perkara berkaitan aspek Skim Anuiti Veteran (SAVe), Skim Berpencen 26 tahun serta Program Perumahan Kerajaan kepada anggota iaitu Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) demi menzahirkan keprihatinan beliau akan kepentingan dan masa hadapan warga tentera apabila bersara kelak.

Program ini juga bertujuan untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada semua peringkat anggota berkaitan inisiatif terbaru yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan serta menerangkan polisi semasa perkhidmatan yang mana memberi banyak faedah dan kebaikan kepada anggota-anggota.

Turut hadir Panglima 1 Bgd, Dato’ Hj Reduan Hj Omar, Pengarah Pengurusan Latihan, Brig Jen Dato’ Hasim Hj Jabar dan Ketua Pengarah Doktrin, Brig Jen Dato’ Othman Hj Jamal.

Gambar: Kpl Mohd Firdaus Alias

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close