4 DivSemasa

Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan Zon Tengah

KUALA LUMPUR: Seramai 150 pegawai dan 500 Anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) telah menghadiri Roadshow Teras Perumahan Kementerian Pertahanan Zon Tengah di Dewan Wardieburn, Setapak pada 30 Apr 2018.

Acara dimulakan sejurus ketibaan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran.

Pengarah Pembangunan Markas Tentera Darat, Cawangan Perancangan dan Pembangunan (P&P) Kol Mustafa Hj Othman, telah hadir bagi memberi taklimat berkaitan teras perumahan ini, beliau dalam ceramahnya menyeru agar warga ATM tidak melepaskan peluang untuk memiliki rumah sendiri, di antara 4 Teras Perumahan Kementerian Pertahanan ialah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), 1 Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) dan pakej Rumah Idaman.

Roadshow ini juga dilengkapkan lagi dengan pameran oleh Tim Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi lain seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran, LTAT, PERHEBAT, Celcom dan Program Pembiayaan khas ASB-Z.

Turut hadir bersama, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed, BAKAT 4 Div dan Pegawai-Pegawai Memerintah Pasukan 4 Div.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close