LatihanSemasa

Pertandingan Merentas Halangan PM Siri 185/17

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah mengadakan Pertandingan Merentas Halangan Perajurit Muda (PM) Siri 185/17 pada 10 Apr 2018.

Dalam pertandingan pada kali ini, Kompeni Delta telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan manakala Platun terbaik pula disandang oleh Platun 14 juga dari Kompeni Delta dimana penutup pertandingan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Setiap PM yang dilahirkan daripada PUSASDA sememangnya akan diterapkan dengan modul ketenteraan yang menguji aspek fizikal, mental, spiritual dan kepimpinan.

Bila disebut tentang kepimpinan, salah satu pertandingan yang begitu sinonim dan dekat dengan Tentera Darat adalah Pertandingan Merentas Halangan.

Pertandingan ini menggambarkan, bagaimana kepimpinan, semangat kerjasama, kekuatan dan ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi bagi melepasi setiap halangan yang perlu mereka lalui dalam masa dan ruang yang terhad disamping didalam keadaan kepenatan.

Bagi melengkapkan kitaran latihan PM ini, satu pertandingan merentas telah dianjurkan dan sebanyak 20 platun telah mengambil bahagian.

Every soldier is a leader itulah kata-kata keramat yang sering diungkapkan mutakhir ini.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close