MK Latihan & DoktrinSemasa

Penutup UKM Peringkat PLDTD Tahun 2018

JOHOR: Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) peringkat Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di Lapang Sasar 600m Kem Ulu Tiram pada 27 Apr 2018.

Pertandingan UKM PLDTD yang dilaksanakan mulai 20 hingga 27 Apr 2018 itu disertai oleh tim dari pasukan di bawah naungan PLDTD bertujuan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata individu serta berkumpulan anggota TD.

Selain itu, ianya juga sebagai platform terbaik bagi memilih bakat-bakat baharu bagi mewakili Tim UKM PLDTD di Pertandingan UKMTD yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Sep nanti.

Sebanyak lapan kategori utama dipertandingkan menerusi kategori lelaki dan wanita dimana Tim PULPAK telah dinobat sebagai Johan Keseluruhan bagi Kategori Unit Besar manakala Tim Gabungan MK PLDTD/MSS PD/INSPEKA/Muzium TD adalah Johan Keseluruhan bagi Kategori Unit Kecil.

Jaguh UKM PLDTD 2018 dianugerahkan kepada SSjn Yusmin Islan yang mewakili Tim PULADA.

Ketika berucap, Panglima Latihan TD menyatakan selain dijadikan sebagai medium terbaik untuk menguji kecekapan dan keupayaan dalam pengendalian senjata, kejohanan ini juga dilihat sebagai pemangkin untuk PLDTD melahirkan jaguh-jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Turut hadir Ketua Pengarah Doktrin, Brig Jen Dato’ Othman Hj Jamal dan Komandan Akademi Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Mas’od Hj Muhammad.

Gambar: Sjn Newiter Sakunil

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close