SemasaTrup TD

Penutup Kursus Kombat Gerakhas Siri KGK/1/2018

MELAKA: Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) melaksanakan Upacara Penutupan Kursus Kombat Gerakhas Siri KGK/1/2018 disempurnakan oleh Komandan PULPAK, Kol Adi Ridzwan Abdullah di Padang Kombat, Kem Sg Udang pada 25 Apr 2018.

Seramai 14 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam kursus yang dilaksanakan selama 16 minggu mulai 8 Jan sehingga 29 Apr 2018.

Kursus ini dilaksanakan bagi melahirkan ahli Kombat Gerakhas yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan tindak balas Unarmed Combat, selain dari melayakkan anggota mengikuti Peningkatan Kombat Gerakhas yang lain.

Ketika berucap Komandan PULPAK berpesan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan apabila kembali kepasukan kelak dan beliau mengucapkan tahniah serta syabas kepada penuntut yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close