HUTSemasa

MMR HTD Pupuk Semangat Kekeluargaan TD – PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-85 yang dihadiri oleh pegawai dari pelbagai Kor dan Rejimen dalam Tentera Darat (TD) di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 2 Apr 2018.

Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama serta merupakan salah satu acara yang terdapat dalam jadual sambutan HTD disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah terjalin di antara mantan-mantan PTD bersama pegawai-pegawai TD walaupun mereka telah bersara.

Meskipun ketumbukan ini telah mencecah usia 85 tahun, apa yang mengujakan saya adalah tradisi seperti Majlis MMR ini masih dapat kita kekalkan hingga ke hari ini dimana ia merupakan satu wadah untuk merapatkan hubungan sesama kita.

Ruang dan peluang ini harus kita gunakan sebaiknya agar dapat memupuk semangat kekeluargaan serta keharmonian dalam TD disamping sebagai nilai tambah dan semangat kekitaan, espirit de corps serta saling menghormati antara satu sama lain dapat dipraktikkan melalui amalan tradisi rejimental sebegini,” ujar PTD.

Tambahnya lagi, menerusi nilai kesatuan dan kesepaduan utuh yang sering beliau perkatakan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan TD, beliau mengilhamkan slogan Tentera Darat Satu Kerana Bersatu adalah kerana mahukan setiap individu yang ada dalam keluarga besar TD ini sentiasa bersatu padu dan bergerak sebagai satu entiti bersama agar apa jua cabaran dan rintangan dapat dihadapi.

Turut hadir Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Datuk Amar Mohd Ghazali Dato’ Mohd Seth, Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohamad Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar dan Panglima-panglima formasi.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close