2 DivSemasa

MMR Bintara Gabungan 2 Div Raikan Anggota

PULAU PINANG: Seramai 202 ahli Wisma Bintara Gabungan 2 Div bersama pasangan menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Wisma Bintara Gabungan 2 Div sempena meraikan anggota yang telah dan bakal menamatkan perkhidmatan di Dewan Banquet, Kem Tun Razak pada 7 Apr 2018.

Ketua Staf MK 2 Div merangkap Penaung Wisma Bintara Gabungan 2 Div, Kol Noorrul Azril Ariffin, dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang DiPertua Wisma Bintara Gabungan 2 Div di atas pengawasan bimbingan RSM bersama AJK-AJK yang berjaya menganjurkan majlis MMR ini dan beliau juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Majlis sebegini turut menjadi platform pembelajaran untuk Bintara Muda yang baru menjadi ahli wisma dimana ilmu yang diperolehi dalam pengurusan dan penganjuran majlis rejimental sebegini boleh dijadikan panduan penganjuran dimasa akan datang dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli wisma dan pasangan.

Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh dan Pbt Mohd Nor Izham Salahudin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close