LatihanSemasa

Majlis Pembukaan Eks Bilateral Haringaroo

KELANTAN: Panglima Briged ke 30 Infantri, Brig Jen Hashim Aman Shah dan Komander Sistem Pertahanan Bersepadu Tentera Diraja Australia, Air Vice-Marshal Tim Innes merasmikan acara pembukaan Eks Bilateral Haringaroo di Kem Batu 11, Tanah Merah pada 4 Apr 2018.

Eks ini adalah merupakan satu latihan Field Training Exercise (FTX) diantara Tentera Darat Malaysia bersama Tentera Darat Diraja Australia bermula hari ini sehingga 14 April depan.

Latihan yang melibatkan 26 pegawai dan 380 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada RS (Rejimen Sempadan) dan 6 pegawai dan 107 Anggota Tentera Darat Diraja Australia ini merupakan latihan tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama tentera Australia dan ianya merupakan kali ke-69 sejak kerjasama latihan ini diadakan bermula tahun 1977.

Latihan akan melalui empat fasa iaitu meliputi latihan serangan terhadap kem musuh, Latihan dalam hutan, pengunaan senjata dan kerja berkumpulan serta merupakan satu peluang bagi memantapkan unit RS untuk mempertahankan keselamatan negara khususnya di kawasan sempadan negara.

Turut hadir Peg Staf 1 Latih Mk Medan, Lt Kol Mislani Auverto @ Suwarto, Peg Staf 1 Gerak 2 Div, Lt Kol Azman Zainudin, Peg Mem 1 RS, Lt Kol Rosezaimee Abdullah dan Peg Mem 2 RS, Lt Kol Mohd Zamri bin Zakaria.

Gambar: Mej Mohamad Arif Soniran

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close