HUTSemasa

KAGAT Pemangkin Kerohanian ATM

NEGERI SEMBILAN: Seramai  37 pegawai dan 175 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KAGAT Ke-33 yang disempurnakan oleh Pengerusi KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat di Institut Latihan Dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) pada 16 Apr 2018.

Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Ismail Wahab yang terdiri daripada tiga detasmen diiringi pancaragam dari Brass Band Rejimen Ke-2 Kor Amor Diraja (2 KAD) di bawah pimpinan PW II Midi Abdullah.

“Alhamdulillah, di usianya mencecah ke 33 tahun, KAGAT yang kita cintai ini terus mengorak langkah ke persada jaya, bersama visi dan misi serta matlamat yang tidak pernah berubah iaitu sebagai Pemangkin Kerohanian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kita melangkah tahun demi tahun, maka ia memberi erti bahawa kita semakin matang di dalam mengurus tugas dan tanggungjawab yang tersisip di pundak kita ini dapat digerakkan dengan perancangan yang teratur rapi dan perlaksanaan yang efisien,” ujar beliau.

Majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat kepada 14 anggota LLP KAGAT dan penyampaian Sijil Kepujian Pengerusi Kor kepada 10 pegawai dan 12 anggota LLP KAGAT.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kor, Brig Jen Dato’ Hj Mustafa Hj Abd Manap, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Brig Jen Dato’ Hj Nawawi Daud, Pengarah Pengurusan, Kol Mohamad Saodi Kasim dan Komandan ILMI, Lt Kol Mohamad Idrus Mohamad Yunus.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close