LatihanMK Medan BaratSemasa

Eks Pasak Bumi Memantapkan MK PMBTD

PERAK: Seramai 36 pegawai dan 354 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam penutup Eks Pasak Bumi Siri 2/2018 disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik di kawasan perkelahan Sg Bil pada 6 Apr 2018.

Eks yang dilaksanakan bermula pada 2 hingga 6 Apr 2018 ini merupakan anjuran bersama antara 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) dan MK PMBTD.

Eks ini melibatkan penyertaan anggota dari 71 RSD, MK PMBTD, Markas Staf Stesen Sungai Besi (MSSSB) Cawangan Perumahan Sungai Besi (CPSB) dan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (712 PPAT).

Objektif pelaksanaan eks ini bagi mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan pegawai, PTT Kanan dan PTT Rendah di peringkat kompeni/skuadron, platun/trup serta seksyen/detasmen.

Konsep eks ini dilaksanakan berdasarkan organisasi tentera sebuah kompeni infantri yang bergerak secara taktikal dalam jangka masa lima hari.

Peserta-peserta dibahagikan kepada 20 seksyen dan dilepaskan di titik mula yang berlainan dalam kawasan FELDA Sungai Klah dan berakhir di check point terakhir iaitu di FELDA Kampung Rasau.

Eks ini diakhiri di Perkelahan Sungai Bil dan majlis makan malam yang dimeriahkan oleh persembahan kugiran D,dB Buskers 71 RSD.

Gambar: Kpl Mohd Fikry Nordin

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close