Semasa

9 Bgd Sertai Program Fiesta NBOS

SARAWAK: Seramai 11 pegawai dan 54 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari MK PMTTD, MK 1 Div, wakil MK 3 Bgd dan pasukan-pasukan dibawah naungan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) terlibat dalam program Fiesta NBOS yang diadakan di Dewan Suarah, Sarikei pada 13 hingga 15 Apr 2018.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Pertinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Pelbagai program yang telah diadakan seperti pameran daripada pelbagai agensi kerajaan yang lain di mana program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah, pertandingan mewarna, dan pertandingan gusti lengan.

MK 9 Bgd telah mengadakan Pameran RTBK, Rawatan Pergigian, promosi Askar Wataniah, pameran senjata, pameran pakaian tentera, pameran alat semboyan, pameran polis tentera, pameran kenderaan G Wagon, Kembalik dan FFR yang turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk dan warga tempatan yang tinggal di sekitar bandaraya Sarikei.

Program seumpama ini adalah merupakan salah satu cabang inisiatif kerajaan, dirangka untuk membawa dan mendekatkan perkhidmatan agensi kerajaan terus kepada masyarakat dan rakyat setempat. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Turut hadir Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa, Menteri-menteri, Ketua Pejabat Residen Sarikei dan Ketua-ketua jabatan.

Gambar: Sjn Donny

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close