LatihanSemasa

7 Bgd Anjur PKBM Peringkat Negeri Johor

JOHOR: 7 Briged telah berjaya melaksanakan Perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Peringkat Negeri di Lapang Sasar Kem Batu 3, Kluang selama lima hari dari 8 hingga 12 Apr 2018.

Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman diiringi wakil dari Pejabat Pendidikan Negeri Johor.

Perkhemahan ini melibatkan empat komponen utama iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Baca Peta, Pertandingan Menembak dan Pertandingan Merentas Halangan.

Panglima 7 Briged dalam ucapan penutupnya telah menekankan tentang betapa pentingnya modal insan pelapis-pelapis baru yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan, dan beliau juga turut merakamkan jutaan apresiasi kepada Jabatan Pendidikan Negeri atas kerjasama yang begitu baik dalam membantu formasi 7 Briged dalam penganjuran Perkhemahan PKBM tahun ini.

Kesimpulannya, aktiviti yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan daya keyakinan di kalangan para pelajar disamping meningkatkan semangat cintakan negara.

Gambar: Sjn Azwan Pairus Mat Repin

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close