Semasa

5 RAMD Bantu Masyarakat Orang Asli

PERAK: Seramai 44 anggota dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) terlibat dalam Program Jiwa Murni (PJM) di Perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang pada 12 Apr 2018.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara tentera dengan masyarakat awam dalam merealisasikan slogan Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada.

Selain itu aktiviti seperti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan masyarakat tempatan terhadap Angkatan Tentera Malaysia disamping membakar semangat juang anggota yang sedang bertugas untuk terus berjuang mempertahankan negara tercinta.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini adalah seperti gotong-royong membersihkan kawasan surau, Sekolah Tadika dan kawasan Sekolah Kebangsaan Sg. Tiang (SKST), pemeriksaan kesihatan dan Pertandingan Sukan Sepak Takraw dan street soccer.

Anggota dari 21 Komando dan kakitangan dari Klinik Kesihatan Hulu Perak turut bersama-sama menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini.

Acara penutup dan penyampian hadiah telah dilaksanakan di perkarangan Sekolah (SKST) yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Johan Effendi Hj Mohd Shalleh dan Guru Besar SKST, Nahar Desa.

Gambar: LKpl Mohd Asman Mazlan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close