Semasa

Warga 19 RAMD Mek bersama Panglima 3 Div

KEDAH: Seramai 13 pegawai serta 283 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Batalion Ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanise (19 RAMD Mek) menghadiri Majlis Pertemuan Warga 19 RAMD Mek bersama Panglima 3 Divisyen di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani pada 3 Mac 2018.

Dalam pertemuan santai tersebut, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, mengingatkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota agar sentiasa memainkan peranan dan memikul tanggungjawab mengikut pangkat dan jawatan masing-masing yang mana memastikan setiap tugas dan kerja dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Beliau turut memberikan amaran agar tiada dalam kalangan warga 19 RAMD Mek yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Turut hadir Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Abu.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close