Bersama PemimpinSemasa

Warga 1 Bgd bersama MENHAN

NEGERI SEMBILAN: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa bersama warga Tentera Darat di Seremban bertempat di Hangar Kem 1 briged, Kem Rash pada 2 Mac 2018.

MENHAN dalam ucapannya menekankan kepentingan warga tentera diutamakan bagi menjaga kebajikan anggota yang mana Kerajaan juga akan membantu anggota Tentera untuk memiliki Rumah (SASAR) Satu Anggota Satu Rumah supaya bila berpencen memiliki rumah sendiri untuk anak anggota serta kerajaan menyediakan bas sebagai feri sekolah menggantikan 3 Ton bagi menjaga keselamatan anak-anak yang pergi ke sekolah.

Pada masa Kerajaan juga menjaga kebajikan anggota yang berhenti dari perkhidmatan dengan memperkenalkan Skim SAVE iaitu anggota akan dibayar setiap bulan dengan duit simpanan dari LTAT sekiranya anggota tersebut tidak mengeluarkan semua wang ketika berhenti.

Tidak lupa BAKAT juga diperuntukkan sejumlah RM815 Ribu di peringkat Pusat untuk diagihkan kepada peringkat Div dan Bgd supaya memudahkan segala aktiviti dan kelancaran sesuatu majlis yang dilaksanakan.

Seramai 60 pegawai dan 452 LLP yang terdiri daripada Kem 1 Bgd, Rej 514 (AW), 508(AW), 24 RAMD, 1 SSD, 1 WKSP, 1 KPTD, 1 KPD, Dan Markas Staf Stesen Seremban dan termasuk Pengerusi BAKAT naungan 1 Briged yang berpangkalan di seremban telah hadir dalam perjumpaan bersama MENHAN.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hasim Rusdi, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Penasihat Ketenteraan Menteri Pertahanan Malaysia Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Haji Ahmad.

Gambar: SSjn Rose Ainullah Ahmad

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close